Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 25-Jun-2008 22:08
Tioman Paradise vs June 08' update!
Setelah di seru oleh Farah dek sawang dlm FP ni, mama pun dengan semangatnyer
pagi tadi pukul 4 pagi dah bangun compile gambar2 pergi Tioman. hehehehhehe

Kay lah.. so nak citer sket. Lambat buat kang lupa terus. Anyway, thanks to Farah to remind me!
Oklah. straight to the story. Last month we all sefamily pi jalan jalan makan angin kat
Pulau Tioman. Mama mmd dah berangan lama gilerr nak gi.
Dah survey2 jugak package utk ke Tioman. Tup tup tahun ni dengar cerita dari company Papa, depa nak buat
family dah kat Tioman 4 hari 3 malam! Perrghhh.. mama sungguuh la teruja dan tersengih sampai ke telinga la. HE HE HE


So hari yang dinanti2kan pun tiba. Mama pun siaplah barang sefamily. Dengan terrornye
dpt pack satu bag baju tarik, 2 beg sandang & buggy *sikit ke tu?*. Kira terrorlah sebab banyak nak kena isi tu, baju 4 hari, susu & bubur segera, pampers lagi!
Anyway, schedule nyer macam kat bwh ni
15th May - 11:00mlm berkumpul dan bertolak menaiki bas ke mersing
16th May - 4:00pagi dah sampai ke Tanjung Gemuk, Mersing
Ada yang sambung tidur dlm bas ada yg berlegar kat surau & Jeti
7:00pagi Bersarapan di kedai yg berdekatan
8:00pagi Bertolak naik Feri ke Pulau Tioman
10:00pagi Sampai ke Pulau Tioman - Juara resort & check in bilik.
1:00tgh Lunch - Lauk2 kampung
2:00ptg Free time - Tido, rehat, petang jalan2 gi cari kopok lekor panas & ABC
kat gerai tepi laut. Besttt sangatttttt...!!!
8:00mlm Dinner - sembang2 & relaks


17th May 7:30pagi sarapan pagi
8:30pagi Snorkeling!!! Ni lah acara utama yang dinanti2kan BUT kamera tertinggal! arrghh! so no pics!!
Perjalanan almost 1 hour naik bot pukat tunda tu
Melambung2 atas boat, ngan mama pun wek wek beberapa kali
- Singgah Shopping centre kat Tekek
- Pergi ke Marin Park. Ni tempat paling selamat utk snorkelling
Tapi berenti sekejap sangat. Mama tak sempat snorkeling pun dek jaga Dania &
terpaksa bergilir dgn Papa.
- Singgah di Salang utk Lunch. Sempat turun snorkelling sekejap kat sini
- Singgah kat satu port kat laut which mama pun tak tau apa exact name dia.
Masa ni baru la mama dapat snorkelling yg terjun dari Boat tu.. memang mencabar
tapi sangat kagum dgn keindaha coral dlm laut tu! Bestt gilllerrrr!!
6:00ptg - Baru balik ke Juara semula
8:00mlm Dinner cam biasa. Free time


18th May 7:30pg Breakfast
9:00pg Jungle tracking! caya tak...? pergi pulau tapi masuk hutan ekekke
Eceli nak ke satu air terjun dekat tepi hutan tu. Jungle tracking pun ada la jalan tapi
tak jalan tak cantik sbb tak pakai tar. Lagipun seluas2 Pulau Tioman tu cuma ada Jalan raya 7 KM
je jalan raya antara Airport ke Tekek kalau tak silap. So even motor pun tak banyak sbb very adventures
kalau jalan atas darat. Tapi half way ada 4WD datang pick up. So sampai kat tempat
yang di tuju adalah masuk pinggir hutan sket dlm 100m utk ke waterfall tu. So this is first time for
Danish & Dania masuk hutan! Yang bestnyer Dania yang tgh lena tu di pas2 ke tangan bapak2 orang
masa turun bukit dan Dania tak terjaga pun! Lena sungguh.
Kat waterfall tu sempat la mandi2 basahkan badan. Danish la paling sonot terapung kesana kemari!
1:00tgh Lunch
2:00ptg Freetime
Tidur... lepak2 & sembang2 ngan jiran tetangga.
5:00ptg Lepak tepi pantai & sembang2 ngan kengkawan sambil pekena kopok lekor panas2!
Mandi laut.. layan Danish main istana pasirnyer tu.
Layan Dania melepak/tidur. Papa main beach volley ball & gang2.
8:00mlm Dinner & Karaoke!
Antara menu yang disediakan ialah.. pelanduk masak kari! Slurrrppppppp!
First time mama rasa daging pelanduk. Memang sedapppppppppppp!!

19th May 5:30pg Dah bangun dan bersiap
6:30 pg Breakfast
7:30 pagi Naik feri dan bertolak balik
6:00ptg Sampai rumah.. letih dan menyeronokkan!


************************************************************************************************************************
Dikesempatan ini juga mama nak update Danish & Dania's Milestone...


Dania 7 month- Tumbuh gigi sulung kat bawah...! Diikuti sebatang lagi kat sebelahnyer
- Dah riuh sket.. selalu sebut 'pa pa pa!' panggil papa ke tu?
- Dah duduk tapi tak firm sangat lagi
- Merangkak? tok sah cakap la.. punya la laju!

Dania 8mths
- Tumbuh lagi 2 batang gigi kat atas.. Ya Allah! besar2 cam gigi kapak, jarang2 plak tu ekekkee
- Dah boleh duduk sendiri.. meaning dah boleh duk dalam bath tub sendiri.!
- Dah mula berdiri dgn berpaut pada objek besar contoh sofa, grill pintu TAPI ! bila
nak duduk balik mula la merengek mintak tolong!
- Rajinnnnnn sangat masuk dapur.. dah pandai punggah periuk2 kat rak2 pinggan!
- Dah pandai berdiri kat kabinet dapur dan membuat cubaan bukak pintu kabinet! hep! kang berterabur isi dalam tu kang ekekekek
- Makin riuh dengan pelbagai jenis bunyi.. ateh teh teh.. apa pa pa
- Dah tak hisap puting semenjak puting susu hilang lepas BBQ dinner kat rumah presiden JPP9! Lucky!!

Dania 9mths
- Dah mula nak panjat tangga! Ni yang risau ni. Mama & Papa dah beli child gate letak kat pintu dapur.
So Dania tak leh masuk dapur dah.. tu yg dia mula attack nak panjat tangga plak tu!
- Danish masih breast feeding. Alhamdulillah. Awal-awal target 6 bulan, sedar2 dah nam masuk 10 bulan pun. Mudah2an dimurahkan lagi rezeki Dania... ;-) ;-)
- Kalau balik kerja, dengar je suara mama kat pintu dah merangkak terus kat pintu tu! Mama masuk je
terus panjat kaki mama mintak dukung.. and nak nenen!!! Kalau tak dukung terus mesti melalak2 berjujuran air mata dan kalau dukung tapi letak balik tanpa nenenkan dia pun mesti meraung2 punya. Hatta nak bukak tudung pun tak sempat.. bak kata papa.. "haiii anak Norizan..." he he he
- Dah boleh duduk sendiri tanpa bantuan so dah bleh join Abang dia mandi pool la!
- Kalau kita nyanyi lagu 'Tepuk amai-amai' automatik dia pun tepuk tangan.. comelll je mama tengokkkk ;-)

************************************************************************************************************************

DanISh pulAK

2 YEARS 1 MONTH
- Makin rajinnnnnnnnnn menyanyi.. lirik ada yang ingat dan lagi banyak yang lupa
Dah hafal lagu 'Nyonya bangun pagi siram pokok bunga'! Suka sangat nyanyi lagu
aku pencinta wanita tapi dok ulang tang corus jek! *cam mama dia ohok!*
- Kalau dah sekali kita ajar 'A', jangan harap bleh betulkan balik jadi 'B',
JANGAN HARAP! Takkan diterimanya.. pas tu marah kita pulak dia kata salah
Contoh first time papa tersilap ajar lirik lagu air pasang pagi- sepatutnyer 'air pasang dalam'.
Bila dah tersedar silap nak betul kan balik.. mati2 dia tak terima.. tetap akan kata 'air pasang pagi' jugak! :P
- Cakap memang tak pelat tapi ada few words yang dia sebut jadi word lain
tapi cam biasalah.. kalau kita nak betulkan dia tak akan terima! Antaranyer :-
Hujan=Bujan,Pampers=kampers, Kentut=Kontot! akakkaka LOL LOL
- Dah start training tak pakai pampers... first day 4 kali mop lantai.. bobossss!
Kekadang suka hati dia je buang air kat longkang
- Sangat suka makan sayur!!!! Kalau sayur lobak tu, potong tak sempat masak dia dah ambik dulu makan!
Pernah mama nak masak, dah potong dadu lobak.. pas tu tak perasan dia dah bawak lari bowl lobak tu.
Dah siap masak sayur baru teringat tak bubuh pon lobak yg dah didadu sebab dia bawak lari.. sabor je la!
Moralnyer kalau masak sayur banyak pun tak apa.. kekadang tak sempat makan nasi dah ada satu mangkuk kecik dia ratah sayur je.. tak kira la sayur apa pun.. paling dia suka bayam,
lobak, jagung muda.. brokoli..eh SEMUA Lah!!! hehehehhe

2 YEARS 2 MONTH
- Date 7th June first time Danish LULUS tak pakai pampers siang!!! Tak ada rekod kebocoran!!
Kalau nak melepas pandai bagitau nak gi toilet. Sekarang duk tgh ajar cebuk sendiri.
Excelentto! Senang hati mama & papa. Weldone Danish!!!!:-D :-D
- For the first time hantar Danish pergi Kindergarten!- montessori concept.
First day hantar.. sampai sana menangis tak mau masuk. Last2 teacher dukung masuk dalam.Mama sekodeng dari luar.
Bila teacher suruh introduce himself pandai pulak lambai kat everybody and say 'Hi!' Lepas tu OK. Masa balik boleh dia meraung tgk
ada orang school bag sama dgn dia! Siap ingat lagi kawan dia letak kat mana dan beriya2 mengaku both school bag are his! Wakakakka.. lawak pun ada.
Sampai rumah duk sebut lagi kater beg dia patut ada dua- tunjuk jari!
- Sekarang pulak pagi2 pukul 7 dah kena kejut Danish bangun, mandi dan bersiap tunggu van kat rumah baby sitter.
Sian plak Danish kecik2 dah kena bangun & mandi pagi cam pergi sekolah. Tapi Mama & Papa will do the best for you sayanggg!! :-)
- Dah improve lagi bahasa.. ringan mulut to say 'Opsss.. sorry mama!' 'Thank you papa!' , 'excused me! 'and so on he he.
Welldone Danish!!! :-D
- Dah pandai main dgn adik walopon kekadang lepa tak pandang sempat jugak dia lepuk adik dia!
apa lagi melalak la heroin sorang tu.. sabor je la.. grrrrrrrr! :-S
- Gila main game - Pinball!! I tell you..!! Dia tau which is pinball icon on desktop. Dia tau camne nak buat full screen (F4 key),
tau mana nak start play (F2 key) and lain2 key nak tekan untuk main (Z button, space bar & shift ?) Pergghhh budak2 zaman sekarang! ;-) :P :P
- Last but not least, jap lagi suka datang kat kita and say 'Sayanggggggg mama..' and kiss pipi mama..uhuk! tersangat besttttttnyerrr raserrr :cloud9:


Tu la cerita ceriti anak2 mama kali ni... ADIOS!! :-> :-> :-D ;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016